http://maq8.wordpress.com/

hujan dan mendung datang bukan untuk selamanya...
matahari dan pelangi yang indah pastikan muncul walaupun untuk seketika...
yang lama biarkan ia berlalu pergi,
kekosongan yg timbul masih boleh diganti,
bukan semua yang baru tidak bererti,
bahkan itulah yang sentiasa dinanti-nanti....
tafsirlah sendiri dengan teliti,
kata- kata yang lahir dari dasar hati,
alhamdulillah..kesenangan pastikan terasa selepas kesulitan ditempuhi...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
nampaknya... 5 tahun yang telah aku tempuhi di kuwait ini telah mengubah terus corak dan warna kehidupanku.. alhamdulillah aku ungkapkan sekali lagi kepada ilahi di atas nikmatNya yang tidak terhingga ini..
hai..di tahun terakhir ini aku banyak belajar... di waktu kawan- kawanku sedang enak maratah masa lapang dengan pelbagai jenis hiburan, aku hanya mampu melihat dari jauh... apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendengar laungan dan sorakan mereka yang berada jauh di padang sana... masing- masing gembira dengan gelagat yang tersendiri... terdetik di hatiku, kalaulah aku dapat ikut sama menunjukkan kemahiran di padang sana dengan teknik2 kaki yang mampu merebahkan lawan, sungguh aku akan hargai detik itu...
tetapi aku perlu berkorban demi masa depanku.. tanpa mengendahkan rasa hati, aku meneruskan perjuangan ku mengumpul warna-warna untuk ku corakkan masa depanku nanti...warna-warna yang kupetik dari buku itu aku tampalkan ke dalam otakku secara teliti supaya tidak pula ia tertanggal ketika aku memerlukannya nanti. sungguh penat kurasa ketika menyusun maklumat ini... "kuwait punya silibus punya la banyak" di setiap hari peperiksaan, otakku pasti akan penuh..."nak pecah otak ni rasanya"...
tetapi usaha tetap kekal usaha, seperti yang selalu kita dengar, "usaha tangga kejayaan..." berdasarkan hikmah inilah aku berusaha...
selepas berhempas pulas dengan buku, sekolah dan ustaz, apa yang aku dapati ialah;
usaha adalah syarat untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan atau dikehendaki..tetapi usaha bukannya sebab yang pasti atau jaminan untuk kita memperolehi kejayaan..bahkan masih ada lagi unsur- unsur lain yang perlu dihimpun untuk mencapai kejayaan..antara unsur-unsur yang banyak memainkan peranan ialah sistem yang kita gunakan semasa kita mengulang kaji pelajaran.. contohnya penggunaan highlighter yang berlainan yang merujuk kepada janis maklumat yang berlainan..
contohnya:
hakikat atau fakta penting: kuning
sebab: hijau
nama atau tarikh atau formula: oren/ merah
memang aku dapati kaedah ini cukup berkesan dalam mengulang kaji..
bukti keberkesanan teknik ini adalah keputusanku.. 93.4% cukup untuk memecahkan rekod pelajar malaysia yang paling tinggi sebelum ini(92.3%) jika aku tidak silap.. " untuk tahun ini sahaja, aku telah mengorbankan 3 highter kuning, 1 hijau dan 1 oren, berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan di atas, ini bermakna, pengajian di kuwait lebih kepada penyediaan maklumat, penghafalan hakikat dan fakta... jadi, sesiapa yang hendak cemerlang di kuwait ni perlulah menguasai teknik menghafal disamping kefahaman mendalam dalam bahasa arab.
apa yang aku katakan ini adalah pengalaman diri sendiri yang ingin ku kongsikan bersama..
disamping memudahkan penyusunan maklumat di dalam otak.. teknik ini juga berkesan dalam mengajar kita membezakan jenis maklumat yang kita baca... ini adalah sangat penting untuk kita berjaya pada masa depan kelak... kerana kebanyakan buku-buku menyediakan maklumat dalam bentuk petikan yang bercampur aduk dengan pendapat penulis. oleh sebab itu, teknik membezakan maklumat adalah sangat penting. supaya kita tidak terpengaruh dengan pandangan penulis dalam menjejak maklumat- maklumat penting yang kita perlukan.. ini adalah bertujuan untuk kita mendapatkan keaslian maklumat untuk kita jadikan sumber dalam menghasilkan kaedah atau maklumat dan hakikat baru yang dipersetujui oleh semua dan bukannya oleh golongan tertentu sahaja. perkara ini juga dapat dielak dengan menguasai teknik membezakan jenis2 maklumat...
itulah antara kebaikan teknik ini...jika ingin dihuraikan lagi, masih banyak yang boleh kita nyatakan tentang kabaikan teknik ini, tetapi cukuplah sekadar ini sahaja... "sekadar mengisi masa lapang..." ( bila lah nak sampai tiket balik malaysia ni..)

teknik-teknik dan strategi
untuk dikongsikan bersama adik-adik yang akan menempuhi imtihan syahadah sanawiah di kuwait...( rabi' sanawi)
terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur kepada allah kerana dengan taufiqnya berjaya saya menempuhi imtihan ini dengan sempurna..93.4%. tempat kedua dalam sekolah..pertama 94.2%
teknik-teknik penting yang sepatutnya diikuti:
1. dari awal tahun:(STUDY SMART)
-perlu melakukan tahdir untuk setiap pelajaran yang akan dipelajari esok berdasarkan jadual sekolah.
contohnya: sekiranya esok anda akan diajar hadis 40, malam ni bacalah hadis tu.. sekali lalu pun cukup.. begitulah setiap hari.. (pandai2 lah korang cari waktu..)
tapi saya tak ikut sangat teknik ni.. kecuali untuk hadis, tafsir, balaghah dan ijtimaiat. nanti saya ceritakan teknik tersendiri saya di bawah.
menurut kebiasaannya, saya buat tahdir untuk matapelajaran hadis pun bukan sebab saya sendiri yang hendak tahdir, memang saya menyedari kepentingan tahdir dalam belajar untuk cepat memahami dan mengingati, tapi kekadang perasaan malas mengalahkan segalanya.. bersyukur saya kehadrat ilahi kerana pada waktu itu saya dikurniakan seorang ustaz yang garang tetapi baik dan mempunyai strategi dalam mengajar serta berilmu tinggi. terutamanya ustaz yang mengajar saya matapelajaran hadis dan bahasa arab. akan saya kenang jasa mereka selama-lamanya..inyaallah.. jazaahumullahu khoiron kasiira... doktor munib dan doktor muhammad mustafa al-kanz.. sesungguhnya susah untuk berjumpa dengan doktor yang berilmu dan berhikmah dalam mengajar seperti kalian. walaupun di kuwait universiti, saya masih belum temui seorang doktor yang mempunyai sifat-sifat seperti mereka berdua buat masa ini..alhamdulillah kerana allah memilihku untuk merasai nikmat ini..jadi adik-adik sekalian. janganlah mempersia-siakan nikmat ini. kekadang kita leka dan tidak menyedari sesuatu nikmat yang kita kecapi hinggakan kita tidak tahu menilainya sehinggalah kita kehilangan nikmat itu, barulah kita tercari-cari di manakah pengganti? belajarlah betul-betul. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
ustaz munib ni suka sangat mengajukan soalan kepada para pelajar. kadang-kadang penglibatan pelajar dalam syarahannya dikira sebagai markah, tetapi bukan pada setiap waktu. saya pula jenis pelajar yang tidak banyak bermusyarakah di dalam kelas.. tetapi ustaz munib ni suka sangat pilih saya untuk menjawab soalan2 beliau. haha.. kelakar rasanya jika diingat kembali, kekadang saya menundukkan kepala supaya ustaz tidak memilih saya..kadang-kadang jadi. tapi kadang-kadang ustaz sebut nama..disebabkan ustaz ni suka suruh saya, terpaksalah saya tahdir dari awal2 lagi.. sebab saya rasa malu dengan ustaz dan kawan-kawan sekiranya soalan yang diajukan kepada saya tidak dapat dijawab dengan tepat.. jadi, seteruk mana letih pun saya disebabkan bermain bola dengan syabab di qurtubah ( hobi yang tidak boleh saya tinggalkan ) , setibanya saya di bilik saya akan terus membuka buku hadis untuk membuat tahdir..
khas untuk ustaz munib. kalau tak fikir tentang kemungkinan ustaz munib akan tanya saya, pasti saya balik tu terus tidur sebab letih main bola..hehe . tapi jangan adik2 tiru.kenalah sentiasa betulkan niat.. belajar kerana allah... barulah jadi ibadat...insyaAllah.
- setiap maklumat penting yang diberitahu oleh ustaz wajib dicatit di dalam kitab dan dihighlightkan.
-beri sepenuh perhatian di dalam kelas, lupakan tidur.. fokus 100% pada setiap suku kata yang keluar dari mulut ustaz..
-jika anta tidak faham silakan bertanya..( tidak pernah saya lakukan...keaiban saya kerana malu, takut orang cakap bijak... faham2 lah budak melayu... kalo takde budak2 melayu pasti aku jadi raja tanya ustaz dan musyarakah, bnyak benda dalam otak ni.. aku cuma belajar apa yang wajib tanpa maklumat luar..tidak satu pun maklumat wajib aku tinggalkan..itu sudah cukup untuk tidak bertanya..ok? kalo tak faham tanya)
-begitulah seterusnya sehingga tibanya imtihan asabi'.
2. ketika menghadapi imtihan asabi':( STUDY HARD)
note: imtihan asabi' adalah sangat penting dan banyak membantu tidak kira dalam apa jua bentuk.. walaupun markahnya sedikit, ia tidak boleh dilalaikan bagi sesiapa yang ingin berasa mudah ketika menghadapi peperiksaan final nanti..sepertimana yang telah saya rasakan.. memang asabi' sedikit susah bagi orang yang tk biasa belajar dan banyak main seperti saya ni.. tetapi sebenarnya ia adalah kepahitan yang sementara untuk mendapat kemanisan yang abadi.. "nak merasa madu yang manis perlulah merasa sengat lebah yang pedih.." tu kata pujangga..:)
jadi bersabarlah sedikit..ok? bukannya lama, asabi' cuma 2 minggu 3 hari je lebih kurang..
-perlu tenang dan belajar awal-awal. satu persatu maklumat perlu dihurai dan dibezakan jenisnya berdasarkan teknik warna highlighter yang berlainan..(sangat penting)
-hafal semua maklumat2 penting.. biarkan otak letih.., biarkan masa diguna.., jangan bimbang takut2 jadi terencat ke...takkan berlaku. otak kita ni sebenarnya kuat, lebih2 lagi orang melayu..alhamdulillah..banyak dalil yang saya boleh nyatakan di sini..tetapi masa tidak mengizinkan... rasa letih pada otak itu hanya untuk sementara kerana kita tidak biasa menggunakannya sebelum ini.. "alah biasa lah...hardware kuat, cuma driver je yang dah lame tak update"ok? alah bisa, tegal biasa.. nanti setelah sampai di waktu imtihan final nanti baru anda dapat rasakan kekuatan otak anda apabila anda membaca satu baris hakikat atau fakta dan anta terus mengingatinya walaupun sebelum ini anda tidak pernah manghafalnya... ini bukan penipuan, bahkan satu hakikat yang telah saya alami dan ingin saya kongsikan bersam adik2..
do you get me man?
- kalo belajar malam imtihan, jangan sekali2 berniat untuk melepaskan diri supaya lulus imtihan esok ataupun untuk cemerlang pada imtihan esok sahaja, kerana ini akan menyebabkan otak yang mempunyai memori sementara berfungsi..
memory ini cepat mengingati tetapi cepat melupakan...
jadi berhati2lah... ia sangat bahaya...
- niat belajar malam ni, untuk ingat kembali ketika imtihan final bulan 6 nanti..dan bertenanglah.. jangan fikir tentang lupa ..serahkan pada otak anda dan tawakkallah pada allah ( setelah beberapa hari,semamangnya anda akan merasa yang anda
telah terlupa terus apa yang telah dihafal, ini adalah perkara normal.. ia sebenarnya ada tetapi tertanam di dasar otak.. di hari mengulang kaji 7 hari sebelum imtihan final nanti akan kita jalankan proses menggali yang tidaklah begitu susah seperti yang disangka2 sekiranya strategi ini diikuti dengan penuh perancangan)
percayalah pada diri anda!
saya pun manusia biasa seperti anda.. dan saya telah alami semua ini..
- hari imtihan jangan tidur lewat.. tidak kira apa yang berlaku, waktu tidur paling2 lewatpun pukul 12.30am sekiranya banyak sukatan pelajaran..
- sebelum tidur, pastikan pembelajaran dan ulangkaji anda telah merangkumi kesemua sukatan asabi' yang telah ditentukan oleh ustaz.
-tidurlah dalam ketenangan, tidak perlu scan2 maklumat ketika hendak tidur untuk mengelakkan rasa was was yang akan membawa kepada "penyakit tak boleh tidur"
penyakit ini sangat bahaya dan mampu mengurangkan kecerdasan otak pada esok hari...
salah satu teknik berkesan ialah: bertawakkal dan solat hajat setiap hari imtihan sebelum tidur atau selepas maghrib atau isyak... banyakkan kepergantungn kita kepada allah... ia tidak musatahil kerana itulah yang saya amalkan.. dan saya yakin yang ia amat penting dan memainkan peranan yang besar..
-waktu pagi bangun subuh, buka balik buku, scan2 maklumat2 yang tertinggal sekiranya masih ada waktu..
- keluar bilik dengan 100% tawakkal.. jangan pegang buku mahupun muzakkirah sehinggalah tiba waktu imtihan sekiranya imtihan pada hissah ke 2 demi mengelakkan keciciran maklumat, elakkan berbincang dengan kawan2 atau mendengar perbincangan mereka.. yakinlah pada diri anda dan bertawakkallah pada allah!..
sekiranya imtihan pada hissah ke lima pandai2lah scan2 maklumat dan semak balik dari buku atau muzkkirah untuk memastikan yang maklumat anda masih segar...banyakkan bertawakkal pada allah..
- jawablah imtihan dengan bismillah dan alfatihah... ketika orang susun meja tu bacalah doa2 dan banyakkan berselawat.. jauhi perasaan bimbang dan ia dapat dielak dengan memperbanyakkan senyuman serta ungkapan kalimah :"beres...!" dengan kata lain: yakinlah pada diri!
itulah serba sedikit taklimat untuk menghadapi imtihan asabi'
3. hari imtihan nisfu sanah (fasal awwal): (STUDY HARD & SMART)
- belajar sama seperti imtihan asabi' juga... cuma tekankan pada fatrah mutabaqqiah kerana anda masih belum mempelajarinya dengan terperinci dan belum lagi diuji tentangnya.
- yang paling penting ketika nisfu sanah:
a. rangkumi semua sukatan pelajaran sebelum ke dewan peperiksaan. ini adalah untuk mejamin anda mampu medapatkan markah yang terbaik dan maklumat yang telah ditanam di otak menjadi semakin teguh..tambahan pula maahad sememangnya menyediakan hadiah bagi pelajar cemerlang..demi menjamin anda mendapat hadiah yang setimpal dengan usaha yang telah anda
hasilkan..pastikan setiap asabi' dan nisfu sanah anda mendapat peratus tidak kurang daripada 90% kerana ia sangat mudah dan tidak mustahil kerana saya juga mampu menempanya, apatah lagi anda.. percayalah pada diri..! sehingga di sini, boleh dikatakan anda telah membaca setiap pelajaran anda sebanyak dua kali(1: asabi' 2: nisfu sanah).. inilah sebenarnya yanŲ dimaksudkan " al alkhzu bil asbab" jadi janganlah anda berasa takut untuk bertawakkal pada allah sekirannya anda benar2 mengikuti strategi ini..
b. jaga kesihatan diri, terutamanya mata. jumpa doktor dan gunalah cermin mata sekira
nya perlu. "maklumlah kuat membaca, mata dihiasi kaca"
4. persediaan terakhir sebelum imtihan final:(STUDY MAUT)
sekiranya anda diberi masa 3 minggu: rehat la dulu (selama mana yang anda suka.. saya rehat dalam seminggu lebih..
baca slow2..) tapi yang sepatutnya cukuplah waktu rehat tu hanya 3 hari.. note: tidak perlu anda merasa bimbang sekiranya anda melihat kawan2 anda terus memulakan sesi ulangkaji kerana setiap orang menpunyai teknik tersendiri yang bersesuaian dengan diri masing2..
"yang penting bukannya kuantiti, tetapi kualiti.." kata2 pujangga dari abang2..
mulakanlah pembelajaran mengikut jadual... jadual adalah berlainan antara satu dengan yang lain.. jangan sekali2 anda meniru jadual orang lain, buat jadual sendiri yang bersesuaian dengan diri sendiri.. di sini saya lampirkan contoh jadual study maut saya..

jangan takut sekiranya anda tidak dapat mengikutinya.. yang penting anda telah berusaha untuk mengikutinya, inilah hujah anda untuk meminta pertolongan dan taufiq dari allah. (al akhzu bikullil asbaab!).. ini yang saya nyatakan kerana ia juga berlaku tehadap diri saya, bahkan 50% daripada jadual pun tidak dapat saya ikuti.. tetapi janganlah anda mencontohi saya... sekiranya anda mampu mengikuti jadual anda sepenuhnya, maka ia bermakna yang peratus anda akan melebihi peratus saya yang hanya mencapai 93.4% sahaja..
untuk memudahkan teknik perangkaan balajar demi merangkumi setiap tajuk2 atau sukatan pelajaran, satu "jadual mauduaat" perlulah dirangka bagi setiap subjek:
contohnya saya lampirkan di sini:

sebelum imtihan final bermula.. perlulah dihabiskan proses murajaah ini..(sangat penting)
*jangan sekali-kali berkata: "ah masa imtihan dah start nanti pun ada masa lagi, ada masa rehat lagi.. bukankah ada cuti antara 2 imtihan?"
kata-kata ini adalah salah kerana cuti itu hanya sehari dan waktu yang diperuntukkan cuma waktu malam sahaja.. dan secara kebiasaannya syabab kita ni kalo esok cuti malam tu dia main game la, pergi jam iah la.. hantar budak2 balik kat airport la.. main bola la..macam2 lagi lah.. pastu tidur pun lewat.. yang mana akan membawa kepada bangun lewat, hah... selepas semua itu, yang tinggal hanyalah tengah hari dan waktu malam sahaja untuk mengulang kaji? jadi natijahnya perbezaan antara cuti dan tidak cuti hanyalah beberapa jam pada waktu tengah hari... tanyalah pada diri sendiri: " adakah aku mampu belajar di tengah hari, perut kenyang, matahari panas, badan penat...yang terjadi pada saya ialah: TIDUR" oleh sebab itu, cubalah and fikir balik, di mana cuti yang kononnya diberi tadi? pada hakikatnya : TIADA CUTI!!!
ok? ada ii'tirod sila komen..
ini pengalaman saya
5. 7 hari sebelum peperiksaan: mulakan langkah maut! (STUDY MAUT KUASA 2)
scan balik apa2 maklumat yang tertinggal berdasarkan jadual mauduaat.. tinggalkan jadual harian..yang penting setiap hari rangkumi satu madah.( madah2 yang banyak seperti :ijtimaiat, balaghah dan fiqh perlu dihabiskan sebelum masuknya 7 hari terakhir..)
7 hari terakhir cuma baca :
1. tafsir
2. hadis
3. qiraah
6.mantiq
* ulangkaji quran setiap hari sebelum masuk 7 hari terakhir. pastikan semuanya sudah lancar.. jangan terlalu bimbangkan tajwid..belajar tajwid pada hari sebelum imtihan quran supaya anda tidak membuang masa anda yang amat berharga..
scan maklumat dan ulangkaji balik terutamanya 3 madah ini:
1. ijtimaiat
2. balaghah
3. fiqh
6. imtihan final: inyaallah ia akan dirasa lebih mudah daripada asabi' sekiranya anda betul2 mengikuti strategi di atas..
- malam imtihan hanyalah untuk mengulangkaji dan merangkumi sukatan pelajaran.. di sinilah anda akan merasakan faedah anda bersusah payah mengerah otak untuk meghafal pada imtihan asabi' dahulu...
-tidak kira apa yang berlaku anda harus tidur pada waktu malam... pukul 12am/1am hingga pukul 4.30am..4.30am- 5am : solat subuh dan doa..doakan kejayaan diri dan jangan sekali2 melupakan doa kepada emak dan ayah serta guru2.. 5am-7am = sambung balik ulangkaji.
kecuali jika anda mengalami emergency, tidak sempat merangkumi keseluruhan sukatan..tidurlah pada pukul 1am-4am ... tidur pada waktu malam tidak boleh kurang daripada 3 jam. balik imtihan terus sambung tidur... itu adalah yang terbaik supaya anda sempat bangun pada pukul 12pm untuk megikuti jemaah solat zohor di masjid... jangan raikan dengan main game.. 1 jam sebelum asar cukuplah untuk melepaskan geram pada game bagi sesiapa yang ketagihan game seperti diri yang kerdil ini...
-pagi2 hari imtihan final: keluar bilik hendaklah 100% tawakkal,7am mesti tutup buku dan pergi mandi. 7.10am mesti ke mat am. tinggalkan buku dan muzakkirah..jauhkan diri dari sebarang perbincangan.. yakinlah pada diri sendiri dan bertawakkallah pada allah serta berhusnuzzonlah padaNya.. yang Dia akan berikan yang terbaik untuk kita.(penting)
-jangan lupa bawa bitoqoh madaniah.
begitulah serba sedikit strategi dan teknik yang mampu saya kongsikan bersama...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(tidak terjamin keberkesanannya untuk kegunaan anda)
ia amat meletihkan di waktu imtihan dan mendamaikan serta menyenangkan di waktu-waktu yang lain..
1. hari2 biasa dari awal tahun: saya mempunyai jadual, tetapi telalu kompleks dan tidak dapat saya ikuti, bahkan ada ketikanya saya sendiri pun tidak memahami jadual tersebut.
2.tahdir: jarang2 saya cuba tahdir maudu' yang akan diajarkan oleh ustaz pada keesokan hari...tetapi banyak juga yang tak sempat tahdir disebabka n ketiadaan masa kerana banyak digunakan untuk bermain bola dan bersama adik2 baru..
main game bersama...tidur bersama dan macam2 program lain lagi lah.. ha.. satu lagi dugaan ialah internet.. pada tahun ni saya diuji dengan internet wireless free dalam bilik lagi 24 hour pulak tu...
saya kuat mendownlaod game dan cerita ...astaghfirullah ..masa aku terbuang begitu sahaja... tetapi masa aku belajar atau tahdir, aku betul2 fokus! semua benda aku syarah dan simplekan kat tepi2 ruang kosong dalam buku tu... habis semua aku conteng.. sehinggakan aku sendiri terkejut apabila aku bukak kembali buku aku sekarang ni.. telitinya aku belajar... sume benda aku syarah dan aku tulis... aku pun pelik , dari mana lah aku dapat masa tulis bayak2 dan syarah dalam tu.. dengan warna warni highlighter lagi...tu yang pelik tu... ada keberkatan dari doa emak ayah dan kawan2 ni... strategi aku jugak, aku suruh adik2 baru ni doakan la kejayaan aku jugak sebab aku tahu diorang ni masih muda.. tak banyak dosa macam aku ni, doa diorang insyallah ada lah yang allah kabulkan tu... aku tak pernah tolak ajakan doirang main bola kecuali jika aku ada imtihan pada esok hari je.. aku terpaksa tolak dengan hati yang tidak redha.. itulah satu2 nya pengorbanan yang sungguh berat aku lakukan demi masa depan ku.. di situlah letaknya kesabaran melawan nafsu... kesabaranku dalam melakukuan ibadah terletak pada kesabaranku ketika mengulang kaji...belajar lama2 memerlukan kesabaran yang tinggi wei...
3. hari2 imtihan nisfu sanah , aku cuma tidur 4 jam sehari dan belajar 11 jam sehari...cakap sape boleh lawan? tapi tu memang penat sebab aku belajar last minit. esok imtihan, malam tu baru aku belajar...atau pagi tu... jangan lah korang ikut.. penat betul otakku..pasal tu jugaklah mata aku rosak sekarang dah la makin kurus, kene pakai cermin mata pulak tu...hai.. makin lah hansem aku jadi..makin susah la aku nak cari helah nak reject pompan nanti ... sekarang ni pun dah ramai yg aku reject..hahaha:)
setiap kali aku ingati kembali rasa macam fobia je...tapi hari2 lain aku relaks... hari2 main game... benda wajib yang aku selalu praktikkan bersama adik baru "UDEN" adalah "TEMUDUGA". setiap hari selapas makan, sebelum solat isyak... sedapnya ...takpernah tinggal hinggalah hari terakhir uden berada di kuwait untuk tahun itu. dan kami telah anjurkan perlawanan terakhir selepas makan tengah hari.. special, ada home away lagi.. main home aku kalah 1-0 main away kalu tak silap aku, aku menang 4-1. hahaha... sebelum itu telah kami persetujui yang siapa yang kalah, dikira kalah dalam perlawanan sebelum ini dan siapa menang, dialah pemenang sebenar... hari imtihan final pun aku main2 lagi hari2 aku online kejap, tel orang .tel rumah . cakap ngan mak, ngan ayah, tu pun kalau aku boleh jawab la.. tapi memang sume aku boleh jawab pun .alhamdulillah..kadang kadang tel abdillah, abang sesth, kakak, abang , abang ipar... sume aku call...hai dah la hari imtihan...ape nak jadi la aku ni ..nasib baik allah bagi aku nikmat jugak...sungguh aku bersyukur padaNya... haza min fadhlillah alhamdulillah..
banyak2kanlah berdoa dan bertawakkal usaha aku juga selain dari belajar: sembahyang sunat hajat dan taubat setiap hari sehinggalah result keluar..
dan di sini aku nak kongsi jugak hari yang aku dapat tahu keputusan... hari tu aku meloncat! aku peluk abang farhan! abang ansori thailand! adam burkinafasu! sape2 aje yang aku jumpe lah...afrika ke asia ke same sahaja bagiku..tapi tu je yang aku ingat.. pastu aku sujud syukur... aku 'sembam' diri aku atas katil che ameir! pasal katil aku tinggi sangat tak sampai nak loncat.. ahhahahaha.. katil ameir rendah, mudah sikit...pastu aku jerit kuat2... abang farhan kat situ pun takut, takut2 aku histeria ke masuk hantu ke... sampailah suara aku serak malam tu pasal jerit kuat sangat.. sayangnya waktu2 gembira sebegini emak dan ayah aku tiada di sisi.. hanya abang farhan yang boleh aku konsikan perasaan gembira... wah! alangkah indahnya hari itu... alhamdulillah...
oklah.... kalau nak jadi macamtu jugak..., belajarlah bersungguh2..ok
jangan tiru saya.. saya ni case2 yang istimewa sahaja...
terima kasih banyak2 kerana sudi membaca hingga ke sini...
sekiranya tulisan ini memberi faedah kepada antum, doakanlah saudara antum yang kerdil ini dan emak dan ayah beliau yang telah mendidik dan membesarkan beliau supaya kita semua diampunkan dosa serta berjaya di dunia dan di akhirat...

mohd ikhwan bin mohd yusof's blog
hujan dan mendung datang bukan untuk selamanya...
matahari dan pelangi yang indah pastikan muncul walaupun untuk seketika...
yang lama biarkan ia berlalu pergi,
kekosongan yg timbul masih boleh diganti,
bukan semua yang baru tidak bererti,
bahkan itulah yang sentiasa dinanti-nanti....
tafsirlah sendiri dengan teliti,
kata- kata yang lahir dari dasar hati,
alhamdulillah..kesenangan pastikan terasa selepas kesulitan ditempuhi...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
nampaknya... 5 tahun yang telah aku tempuhi di kuwait ini telah mengubah terus corak dan warna kehidupanku.. alhamdulillah aku ungkapkan sekali lagi kepada ilahi di atas nikmatNya yang tidak terhingga ini..
hai..di tahun terakhir ini aku banyak belajar... di waktu kawan- kawanku sedang enak maratah masa lapang dengan pelbagai jenis hiburan, aku hanya mampu melihat dari jauh... apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendengar laungan dan sorakan mereka yang berada jauh di padang sana... masing- masing gembira dengan gelagat yang tersendiri... terdetik di hatiku, kalaulah aku dapat ikut sama menunjukkan kemahiran di padang sana dengan teknik2 kaki yang mampu merebahkan lawan, sungguh aku akan hargai detik itu...
tetapi aku perlu berkorban demi masa depanku.. tanpa mengendahkan rasa hati, aku meneruskan perjuangan ku mengumpul warna-warna untuk ku corakkan masa depanku nanti...warna-warna yang kupetik dari buku itu aku tampalkan ke dalam otakku secara teliti supaya tidak pula ia tertanggal ketika aku memerlukannya nanti. sungguh penat kurasa ketika menyusun maklumat ini... "kuwait punya silibus punya la banyak" di setiap hari peperiksaan, otakku pasti akan penuh..."nak pecah otak ni rasanya"...
tetapi usaha tetap kekal usaha, seperti yang selalu kita dengar, "usaha tangga kejayaan..." berdasarkan hikmah inilah aku berusaha...
selepas berhempas pulas dengan buku, sekolah dan ustaz, apa yang aku dapati ialah;
usaha adalah syarat untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan atau dikehendaki..tetapi usaha bukannya sebab yang pasti atau jaminan untuk kita memperolehi kejayaan..bahkan masih ada lagi unsur- unsur lain yang perlu dihimpun untuk mencapai kejayaan..antara unsur-unsur yang banyak memainkan peranan ialah sistem yang kita gunakan semasa kita mengulang kaji pelajaran.. contohnya penggunaan highlighter yang berlainan yang merujuk kepada janis maklumat yang berlainan..
contohnya:
hakikat atau fakta penting: kuning
sebab: hijau
nama atau tarikh atau formula: oren/ merah
memang aku dapati kaedah ini cukup berkesan dalam mengulang kaji..
bukti keberkesanan teknik ini adalah keputusanku.. 93.4% cukup untuk memecahkan rekod pelajar malaysia yang paling tinggi sebelum ini(92.3%) jika aku tidak silap.. " untuk tahun ini sahaja, aku telah mengorbankan 3 highter kuning, 1 hijau dan 1 oren, berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan di atas, ini bermakna, pengajian di kuwait lebih kepada penyediaan maklumat, penghafalan hakikat dan fakta... jadi, sesiapa yang hendak cemerlang di kuwait ni perlulah menguasai teknik menghafal disamping kefahaman mendalam dalam bahasa arab.
apa yang aku katakan ini adalah pengalaman diri sendiri yang ingin ku kongsikan bersama..
disamping memudahkan penyusunan maklumat di dalam otak.. teknik ini juga berkesan dalam mengajar kita membezakan jenis maklumat yang kita baca... ini adalah sangat penting untuk kita berjaya pada masa depan kelak... kerana kebanyakan buku-buku menyediakan maklumat dalam bentuk petikan yang bercampur aduk dengan pendapat penulis. oleh sebab itu, teknik membezakan maklumat adalah sangat penting. supaya kita tidak terpengaruh dengan pandangan penulis dalam menjejak maklumat- maklumat penting yang kita perlukan.. ini adalah bertujuan untuk kita mendapatkan keaslian maklumat untuk kita jadikan sumber dalam menghasilkan kaedah atau maklumat dan hakikat baru yang dipersetujui oleh semua dan bukannya oleh golongan tertentu sahaja. perkara ini juga dapat dielak dengan menguasai teknik membezakan jenis2 maklumat...
itulah antara kebaikan teknik ini...jika ingin dihuraikan lagi, masih banyak yang boleh kita nyatakan tentang kabaikan teknik ini, tetapi cukuplah sekadar ini sahaja... "sekadar mengisi masa lapang..." ( bila lah nak sampai tiket balik malaysia ni..)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
teknik-teknik dan strategi
untuk dikongsikan bersama adik-adik yang akan menempuhi imtihan syahadah sanawiah di kuwait...( rabi' sanawi)
terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur kepada allah kerana dengan taufiqnya berjaya saya menempuhi imtihan ini dengan sempurna..93.4%. tempat kedua dalam sekolah..pertama 94.2%
teknik-teknik penting yang sepatutnya diikuti:
1. dari awal tahun:(STUDY SMART)
-perlu melakukan tahdir untuk setiap pelajaran yang akan dipelajari esok berdasarkan jadual sekolah.
contohnya: sekiranya esok anda akan diajar hadis 40, malam ni bacalah hadis tu.. sekali lalu pun cukup.. begitulah setiap hari.. (pandai2 lah korang cari waktu..)
tapi saya tak ikut sangat teknik ni.. kecuali untuk hadis, tafsir, balaghah dan ijtimaiat. nanti saya ceritakan teknik tersendiri saya di bawah.
menurut kebiasaannya, saya buat tahdir untuk matapelajaran hadis pun bukan sebab saya sendiri yang hendak tahdir, memang saya menyedari kepentingan tahdir dalam belajar untuk cepat memahami dan mengingati, tapi kekadang perasaan malas mengalahkan segalanya.. bersyukur saya kehadrat ilahi kerana pada waktu itu saya dikurniakan seorang ustaz yang garang tetapi baik dan mempunyai strategi dalam mengajar serta berilmu tinggi. terutamanya ustaz yang mengajar saya matapelajaran hadis dan bahasa arab. akan saya kenang jasa mereka selama-lamanya..inyaallah.. jazaahumullahu khoiron kasiira... doktor munib dan doktor muhammad mustafa al-kanz.. sesungguhnya susah untuk berjumpa dengan doktor yang berilmu dan berhikmah dalam mengajar seperti kalian. walaupun di kuwait universiti, saya masih belum temui seorang doktor yang mempunyai sifat-sifat seperti mereka berdua buat masa ini..alhamdulillah kerana allah memilihku untuk merasai nikmat ini..jadi adik-adik sekalian. janganlah mempersia-siakan nikmat ini. kekadang kita leka dan tidak menyedari sesuatu nikmat yang kita kecapi hinggakan kita tidak tahu menilainya sehinggalah kita kehilangan nikmat itu, barulah kita tercari-cari di manakah pengganti? belajarlah betul-betul. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
ustaz munib ni suka sangat mengajukan soalan kepada para pelajar. kadang-kadang penglibatan pelajar dalam syarahannya dikira sebagai markah, tetapi bukan pada setiap waktu. saya pula jenis pelajar yang tidak banyak bermusyarakah di dalam kelas.. tetapi ustaz munib ni suka sangat pilih saya untuk menjawab soalan2 beliau. haha.. kelakar rasanya jika diingat kembali, kekadang saya menundukkan kepala supaya ustaz tidak memilih saya..kadang-kadang jadi. tapi kadang-kadang ustaz sebut nama..disebabkan ustaz ni suka suruh saya, terpaksalah saya tahdir dari awal2 lagi.. sebab saya rasa malu dengan ustaz dan kawan-kawan sekiranya soalan yang diajukan kepada saya tidak dapat dijawab dengan tepat.. jadi, seteruk mana letih pun saya disebabkan bermain bola dengan syabab di qurtubah ( hobi yang tidak boleh saya tinggalkan ) , setibanya saya di bilik saya akan terus membuka buku hadis untuk membuat tahdir..
khas untuk ustaz munib. kalau tak fikir tentang kemungkinan ustaz munib akan tanya saya, pasti saya balik tu terus tidur sebab letih main bola..hehe . tapi jangan adik2 tiru.kenalah sentiasa betulkan niat.. belajar kerana allah... barulah jadi ibadat...insyaAllah.
- setiap maklumat penting yang diberitahu oleh ustaz wajib dicatit di dalam kitab dan dihighlightkan.
-beri sepenuh perhatian di dalam kelas, lupakan tidur.. fokus 100% pada setiap suku kata yang keluar dari mulut ustaz..
-jika anta tidak faham silakan bertanya..( tidak pernah saya lakukan...keaiban saya kerana malu, takut orang cakap bijak... faham2 lah budak melayu... kalo takde budak2 melayu pasti aku jadi raja tanya ustaz dan musyarakah, bnyak benda dalam otak ni.. aku cuma belajar apa yang wajib tanpa maklumat luar..tidak satu pun maklumat wajib aku tinggalkan..itu sudah cukup untuk tidak bertanya..ok? kalo tak faham tanya)
-begitulah seterusnya sehingga tibanya imtihan asabi'.
2. ketika menghadapi imtihan asabi':( STUDY HARD)
note: imtihan asabi' adalah sangat penting dan banyak membantu tidak kira dalam apa jua bentuk.. walaupun markahnya sedikit, ia tidak boleh dilalaikan bagi sesiapa yang ingin berasa mudah ketika menghadapi peperiksaan final nanti..sepertimana yang telah saya rasakan.. memang asabi' sedikit susah bagi orang yang tk biasa belajar dan banyak main seperti saya ni.. tetapi sebenarnya ia adalah kepahitan yang sementara untuk mendapat kemanisan yang abadi.. "nak merasa madu yang manis perlulah merasa sengat lebah yang pedih.." tu kata pujangga..:)
jadi bersabarlah sedikit..ok? bukannya lama, asabi' cuma 2 minggu 3 hari je lebih kurang..
-perlu tenang dan belajar awal-awal. satu persatu maklumat perlu dihurai dan dibezakan jenisnya berdasarkan teknik warna highlighter yang berlainan..(sangat penting)
-hafal semua maklumat2 penting.. biarkan otak letih.., biarkan masa diguna.., jangan bimbang takut2 jadi terencat ke...takkan berlaku. otak kita ni sebenarnya kuat, lebih2 lagi orang melayu..alhamdulillah..banyak dalil yang saya boleh nyatakan di sini..tetapi masa tidak mengizinkan... rasa letih pada otak itu hanya untuk sementara kerana kita tidak biasa menggunakannya sebelum ini.. "alah biasa lah...hardware kuat, cuma driver je yang dah lame tak update"ok? alah bisa, tegal biasa.. nanti setelah sampai di waktu imtihan final nanti baru anda dapat rasakan kekuatan otak anda apabila anda membaca satu baris hakikat atau fakta dan anta terus mengingatinya walaupun sebelum ini anda tidak pernah manghafalnya... ini bukan penipuan, bahkan satu hakikat yang telah saya alami dan ingin saya kongsikan bersam adik2..
do you get me man?
- kalo belajar malam imtihan, jangan sekali2 berniat untuk melepaskan diri supaya lulus imtihan esok ataupun untuk cemerlang pada imtihan esok sahaja, kerana ini akan menyebabkan otak yang mempunyai memori sementara berfungsi..
memory ini cepat mengingati tetapi cepat melupakan...
jadi berhati2lah... ia sangat bahaya...
- niat belajar malam ni, untuk ingat kembali ketika imtihan final bulan 6 nanti..dan bertenanglah.. jangan fikir tentang lupa ..serahkan pada otak anda dan tawakkallah pada allah ( setelah beberapa hari,semamangnya anda akan merasa yang anda
telah terlupa terus apa yang telah dihafal, ini adalah perkara normal.. ia sebenarnya ada tetapi tertanam di dasar otak.. di hari mengulang kaji 7 hari sebelum imtihan final nanti akan kita jalankan proses menggali yang tidaklah begitu susah seperti yang disangka2 sekiranya strategi ini diikuti dengan penuh perancangan)
percayalah pada diri anda!
saya pun manusia biasa seperti anda.. dan saya telah alami semua ini..
- hari imtihan jangan tidur lewat.. tidak kira apa yang berlaku, waktu tidur paling2 lewatpun pukul 12.30am sekiranya banyak sukatan pelajaran..
- sebelum tidur, pastikan pembelajaran dan ulangkaji anda telah merangkumi kesemua sukatan asabi' yang telah ditentukan oleh ustaz.
-tidurlah dalam ketenangan, tidak perlu scan2 maklumat ketika hendak tidur untuk mengelakkan rasa was was yang akan membawa kepada "penyakit tak boleh tidur"
penyakit ini sangat bahaya dan mampu mengurangkan kecerdasan otak pada esok hari...
salah satu teknik berkesan ialah: bertawakkal dan solat hajat setiap hari imtihan sebelum tidur atau selepas maghrib atau isyak... banyakkan kepergantungn kita kepada allah... ia tidak musatahil kerana itulah yang saya amalkan.. dan saya yakin yang ia amat penting dan memainkan peranan yang besar..
-waktu pagi bangun subuh, buka balik buku, scan2 maklumat2 yang tertinggal sekiranya masih ada waktu..
- keluar bilik dengan 100% tawakkal.. jangan pegang buku mahupun muzakkirah sehinggalah tiba waktu imtihan sekiranya imtihan pada hissah ke 2 demi mengelakkan keciciran maklumat, elakkan berbincang dengan kawan2 atau mendengar perbincangan mereka.. yakinlah pada diri anda dan bertawakkallah pada allah!..
sekiranya imtihan pada hissah ke lima pandai2lah scan2 maklumat dan semak balik dari buku atau muzkkirah untuk memastikan yang maklumat anda masih segar...banyakkan bertawakkal pada allah..
- jawablah imtihan dengan bismillah dan alfatihah... ketika orang susun meja tu bacalah doa2 dan banyakkan berselawat.. jauhi perasaan bimbang dan ia dapat dielak dengan memperbanyakkan senyuman serta ungkapan kalimah :"beres...!" dengan kata lain: yakinlah pada diri!
itulah serba sedikit taklimat untuk menghadapi imtihan asabi'
3. hari imtihan nisfu sanah (fasal awwal): (STUDY HARD & SMART)
- belajar sama seperti imtihan asabi' juga... cuma tekankan pada fatrah mutabaqqiah kerana anda masih belum mempelajarinya dengan terperinci dan belum lagi diuji tentangnya.
- yang paling penting ketika nisfu sanah:
a. rangkumi semua sukatan pelajaran sebelum ke dewan peperiksaan. ini adalah untuk mejamin anda mampu medapatkan markah yang terbaik dan maklumat yang telah ditanam di otak menjadi semakin teguh..tambahan pula maahad sememangnya menyediakan hadiah bagi pelajar cemerlang..demi menjamin anda mendapat hadiah yang setimpal dengan usaha yang telah anda

hasilkan..pastikan setiap asabi' dan nisfu sanah anda mendapat peratus tidak kurang daripada 90% kerana ia sangat mudah dan tidak mustahil kerana saya juga mampu menempanya, apatah lagi anda.. percayalah pada diri..! sehingga di sini, boleh dikatakan anda telah membaca setiap pelajaran anda sebanyak dua kali(1: asabi' 2: nisfu sanah).. inilah sebenarnya yanŲ dimaksudkan " al alkhzu bil asbab" jadi janganlah anda berasa takut untuk bertawakkal pada allah sekirannya anda benar2 mengikuti strategi ini.. b. jaga kesihatan diri, terutamanya mata. jumpa doktor dan gunalah cermin mata sekira
nya perlu. "maklumlah kuat membaca, mata dihiasi kaca"4. persediaan terakhir sebelum imtihan final:(STUDY MAUT)
sekiranya anda diberi masa 3 minggu: rehat la dulu (selama mana yang anda suka.. saya rehat dalam seminggu lebih..
baca slow2..) tapi yang sepatutnya cukuplah waktu rehat tu hanya 3 hari.. note: tidak perlu anda merasa bimbang sekiranya anda melihat kawan2 anda terus memulakan sesi ulangkaji kerana setiap orang menpunyai teknik tersendiri yang bersesuaian dengan diri masing2..
"yang penting bukannya kuantiti, tetapi kualiti.." kata2 pujangga dari abang2..
mulakanlah pembelajaran mengikut jadual... jadual adalah berlainan antara satu dengan yang lain.. jangan sekali2 anda meniru jadual orang lain, buat jadual sendiri yang bersesuaian dengan diri sendiri.. di sini saya lampirkan contoh jadual study maut saya..

jangan takut sekiranya anda tidak dapat mengikutinya.. yang penting anda telah berusaha untuk mengikutinya, inilah hujah anda untuk meminta pertolongan dan taufiq dari allah. (al akhzu bikullil asbaab!).. ini yang saya nyatakan kerana ia juga berlaku tehadap diri saya, bahkan 50% daripada jadual pun tidak dapat saya ikuti.. tetapi janganlah anda mencontohi saya... sekiranya anda mampu mengikuti jadual anda sepenuhnya, maka ia bermakna yang peratus anda akan melebihi peratus saya yang hanya mencapai 93.4% sahaja..
untuk memudahkan teknik perangkaan balajar demi merangkumi setiap tajuk2 atau sukatan pelajaran, satu "jadual mauduaat" perlulah dirangka bagi setiap subjek:
contohnya saya lampirkan di sini:

sebelum imtihan final bermula.. perlulah dihabiskan proses murajaah ini..(sangat penting)
*jangan sekali-kali berkata: "ah masa imtihan dah start nanti pun ada masa lagi, ada masa rehat lagi.. bukankah ada cuti antara 2 imtihan?"
kata-kata ini adalah salah kerana cuti itu hanya sehari dan waktu yang diperuntukkan cuma waktu malam sahaja.. dan secara kebiasaannya syabab kita ni kalo esok cuti malam tu dia main game la, pergi jam iah la.. hantar budak2 balik kat airport la.. main bola la..macam2 lagi lah.. pastu tidur pun lewat.. yang mana akan membawa kepada bangun lewat, hah... selepas semua itu, yang tinggal hanyalah tengah hari dan waktu malam sahaja untuk mengulang kaji? jadi natijahnya perbezaan antara cuti dan tidak cuti hanyalah beberapa jam pada waktu tengah hari... tanyalah pada diri sendiri: " adakah aku mampu belajar di tengah hari, perut kenyang, matahari panas, badan penat...yang terjadi pada saya ialah: TIDUR" oleh sebab itu, cubalah and fikir balik, di mana cuti yang kononnya diberi tadi? pada hakikatnya : TIADA CUTI!!!
ok? ada ii'tirod sila komen..
ini pengalaman saya
5. 7 hari sebelum peperiksaan: mulakan langkah maut! (STUDY MAUT KUASA 2)
scan balik apa2 maklumat yang tertinggal berdasarkan jadual mauduaat.. tinggalkan jadual harian..yang penting setiap hari rangkumi satu madah.( madah2 yang banyak seperti :ijtimaiat, balaghah dan fiqh perlu dihabiskan sebelum masuknya 7 hari terakhir..)
7 hari terakhir cuma baca :
1. tafsir
2. hadis
3. qiraah
4. nusus & tarikh adab (( baca betul2 masa asabi' tarikh adab ni. hari imtihan anda cuma perlu mengulangkaji tarikh adab selepas subuh kerana subuh biasanya masuk pada pukul 3.20am. jadi ,tidur pukul 12am atau 1am, bangunlah pukul 4.30am..jangan tinggal subuh dalam waktunya..(sangat penting) baca doa pagi sekiranya ada waktu...))
5. nahu6.mantiq
* ulangkaji quran setiap hari sebelum masuk 7 hari terakhir. pastikan semuanya sudah lancar.. jangan terlalu bimbangkan tajwid..belajar tajwid pada hari sebelum imtihan quran supaya anda tidak membuang masa anda yang amat berharga..
scan maklumat dan ulangkaji balik terutamanya 3 madah ini:
1. ijtimaiat
2. balaghah
3. fiqh
6. imtihan final: inyaallah ia akan dirasa lebih mudah daripada asabi' sekiranya anda betul2 mengikuti strategi di atas..
- malam imtihan hanyalah untuk mengulangkaji dan merangkumi sukatan pelajaran.. di sinilah anda akan merasakan faedah anda bersusah payah mengerah otak untuk meghafal pada imtihan asabi' dahulu...
-tidak kira apa yang berlaku anda harus tidur pada waktu malam... pukul 12am/1am hingga pukul 4.30am..4.30am- 5am : solat subuh dan doa..doakan kejayaan diri dan jangan sekali2 melupakan doa kepada emak dan ayah serta guru2.. 5am-7am = sambung balik ulangkaji.
kecuali jika anda mengalami emergency, tidak sempat merangkumi keseluruhan sukatan..tidurlah pada pukul 1am-4am ... tidur pada waktu malam tidak boleh kurang daripada 3 jam. balik imtihan terus sambung tidur... itu adalah yang terbaik supaya anda sempat bangun pada pukul 12pm untuk megikuti jemaah solat zohor di masjid... jangan raikan dengan main game.. 1 jam sebelum asar cukuplah untuk melepaskan geram pada game bagi sesiapa yang ketagihan game seperti diri yang kerdil ini...
-pagi2 hari imtihan final: keluar bilik hendaklah 100% tawakkal,7am mesti tutup buku dan pergi mandi. 7.10am mesti ke mat am. tinggalkan buku dan muzakkirah..jauhkan diri dari sebarang perbincangan.. yakinlah pada diri sendiri dan bertawakkallah pada allah serta berhusnuzzonlah padaNya.. yang Dia akan berikan yang terbaik untuk kita.(penting)
-jangan lupa bawa bitoqoh madaniah.
begitulah serba sedikit strategi dan teknik yang mampu saya kongsikan bersama...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
strategi khas yang telah saya gunakan:

(tidak terjamin keberkesanannya untuk kegunaan anda)
ia amat meletihkan di waktu imtihan dan mendamaikan serta menyenangkan di waktu-waktu yang lain..
1. hari2 biasa dari awal tahun: saya mempunyai jadual, tetapi telalu kompleks dan tidak dapat saya ikuti, bahkan ada ketikanya saya sendiri pun tidak memahami jadual tersebut.
2.tahdir: jarang2 saya cuba tahdir maudu' yang akan diajarkan oleh ustaz pada keesokan hari...tetapi banyak juga yang tak sempat tahdir disebabka n ketiadaan masa kerana banyak digunakan untuk bermain bola dan bersama adik2 baru..
main game bersama...tidur bersama dan macam2 program lain lagi lah.. ha.. satu lagi dugaan ialah internet.. pada tahun ni saya diuji dengan internet wireless free dalam bilik lagi 24 hour pulak tu...saya kuat mendownlaod game dan cerita ...astaghfirullah ..masa aku terbuang begitu sahaja... tetapi masa aku belajar atau tahdir, aku betul2 fokus! semua benda aku syarah dan simplekan kat tepi2 ruang kosong dalam buku tu... habis semua aku conteng.. sehinggakan aku sendiri terkejut apabila aku bukak kembali buku aku sekarang ni.. telitinya aku belajar... sume benda aku syarah dan aku tulis... aku pun pelik , dari mana lah aku dapat masa tulis bayak2 dan syarah dalam tu.. dengan warna warni highlighter lagi...tu yang pelik tu... ada keberkatan dari doa emak ayah dan kawan2 ni... strategi aku jugak, aku suruh adik2 baru ni doakan la kejayaan aku jugak sebab aku tahu diorang ni masih muda.. tak banyak dosa macam aku ni, doa diorang insyallah ada lah yang allah kabulkan tu... aku tak pernah tolak ajakan doirang main bola kecuali jika aku ada imtihan pada esok hari je.. aku terpaksa tolak dengan hati yang tidak redha.. itulah satu2 nya pengorbanan yang sungguh berat aku lakukan demi masa depan ku.. di situlah letaknya kesabaran melawan nafsu... kesabaranku dalam melakukuan ibadah terletak pada kesabaranku ketika mengulang kaji...belajar lama2 memerlukan kesabaran yang tinggi wei...